Bosan….

September 16, 2009

Trying to finish this book ASAP… damn hard to understand the meanings. With so many political terms, high level terms(not the same as HL biology), etc…plus, the writer takes the extract from so many Hikayat Melayu.

The writer pus lots of information, e.g Hikayat Merong Mahawangsa, n many more Hikayat that I’ve ne’er heard before. So now I’m learning the way this Malay scholar thinks, Farish A. Noor.

Anyone who want to read his blog, singgah sini.THE OTHER MALAYSIA. Nak baca tulisan pemikiran dia ni pun, consume banyak masa. Tapi seronok, pemikiran ni bukan ada kat semua orang. But as a Muslim, put a filter around your think tank. Ambil apa yg betul shj, pemikiran yg terlebih hebatnya ni bahaya gak.

Advertisements

Baca, nilai,& fikir…

August 29, 2009

Untuk baca, nilai & fikir, singgah sini… CHE DET

Sekali lagi saya tegaskan, MALAYSIA NEGARA ISLAM……

mana hala tuju..mungkin saya belum cukup faham apa itu 1Malaysia (baca secara sinis)

mana hala tuju..mungkin saya belum cukup faham apa itu 1Malaysia (baca secara sinis)

Negara saya negara Islam

August 28, 2009

Pendapat itu tidak semestinya pendirian. Tapi semestinya, pendirian itu wujud daripada pendapat. Tidak begitu??

Kartika Sari Dewi Shukarno. Sape dia nih?? Model sambilan, model rotan  cap kampong serom 3, model arak?? Aku confirm, korang tau walaupun korang memang tak tau atau tak minat  baca surat khabar.

Kenapa hukum rotan dia ditangguh. Menteri Malaysia memang pandai buat lawak. It make sense when they  said, it has to be postponed to respect Ramadhan. Tapi agak bangang bila dia keluarkan kenyataan sebab penagngguhan adalah kerana Malaysia ketiadaan pakar dan kemahiran untuk melaksanakan hukuman. (Menteri ni ada ‘bin’ kan dalam nama penuh dia.=p). Apa maknanya semua nih. Malaysia kan negara Islam. Macam mana isu ni berbangkit. Sedangkan hukum minum arak adalah sepatutnya ikut hukum hudud.  Apa hukumannya?

أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين

قال: وفعله أبو بكر , فلما كان عمر استشار الناس , فقال عبد الرحمن: أخف الحدود ثمانون، فأمر به عمر

Bahawa telah datang kepada nabi seorang lelaki yang telah minum arak. Maka baginda telah menyebatnya dengan dua pelepah tamar 40 kali sebatan. Abu Bakar juga menghukum dengan hukuman itu. Pada masa Umar (menjadi khalifah), beliau meminta nasihat orang ramai (mengenai hukum bagi peminum arak), maka berkata Abd Rahman bin Auf: “Seringan-ringan hudud adalah 80 kali sebatan”. Umar pun memerintahkannya (sebat 80 kali).

(Hadis Muttafaq Alaih-lafaz Muslim)

Jadi aku mahu gelak gilak2. Apa maknanya ada Mahkamah Syariah selama ini. Itupun masih tiada orang yang ‘pakar’.Macam tu, sama juga kalau tiada mahlkamah. Sound stupid, itulah realiti. Sekali lagi saya tegaskan Malaysia ini negara ISLAM!!!  Sampai bila nak tunggu ada pakar? Sampai, matahari tak lagi muncul dari tempat tenggelam dia?? Bagus la, uncle menteri.

Apa sebenarnya yg yang lemah ni. Takut ke? Dah macam-macam isu pasal arak ni keluar. Kerajaan Selangor bertindak dalam isu penjualan arak, itu pun dipertikaikan. Tambah lagi, kat Shah Alam tu,  Carlsberg. See, betapa besarnya share dia dalam Malaysia Stock Exchange. Ini ke satu sumber pendapatan negara saya??

Mahu tahu lagi, klik sini. Singgah juga kat blog Saiful Islam.

Dengan nama Allah yang membenarkan aku berjalan dengan elok

Bayai 2009

Bayai 2009

Bayai tamat, CAS pun tamat. Amat sedih juga apabila CAS itu habis. Aku rasa, antara perkara yang paling banyak aku belajar dalam IB ni adalah CAS, berbanding dengan akademik. Itulah agaknya sebab akademik aku ‘down’. Bermula dari awal IB, macam-macam perkara yang menarik yang sudah aku buat, merancang nak buat tapi tidak berkesempatan pun ada.

Namun, perkara penting yang menjadi point aku kali ini adalah persoalan hati kita sendiri.


“Fitrah manusia memang nakkan perkara yang baik-baik. Sebenarnya, kalau kamu ikut kata hati, kamu akan lakukan perkara betul. Tapi, kalau lakukan perkara-perkara yang salah sehingga mendatangkan dosa tu, sebenarnya kamu ikut kata nafsu” lebih kurang macam tu la apa yang U. Sofi cakap dalam kelas.

Tertarik apabila melihat banyak pihak yang amat berbangga dengan hasil kerja, puas hati dengan Program Semai Bakti II ini, dan menarik lagi kepuasan itu ditambah dengan pujian cikgu-cikgu, YB-YB yang dating, orang kampung dan dari kawan-kawan sendiri.

Daripada bulan April sampai Ogos, banyak juga perkara disebalik Bayai yang ‘tidak sedap’ di mulut, tambah teruk lagi kalau rasa ‘tidak sedap’ itu ada dalam hati. 1 contoh yang aku sedar dan aku pun kadang-kadang tidak betul adalah solat. Antara kita stu batch IB ni,ada macam-macam perangai. 1 perkara yang aku lihat tidak betul selalu jadi waktu pagi.

Ada yang bangun pagi lambat walaupun dah dikejut. Lepas tu kelam-kabut sebab semua dah tunggu. Subuh tak qadha’ lagi. Terus pergi dan lepas tu entah qadha’ entah tidak. Itu urusan mereka dengan Allah. Tapi sebenarnya aku pun terlibat juga kalau aku tak tegur. Maka, itulah sebabnya aku tulis perkara ni.

Selain itu, aku juga ada tertanya-tanya apa impak yang sebenarnya yang dapat aku ambil daripada progam ni. Bukan mahu mempersoalkan benda yang dah lepas, tapi apa yang dapat aku bawa dalam diri aku. Masa balik tu, Cikgu Ikhwan ada cakap, “Percaya la, sebenarnya semua yang kamu buat ni takde faedah pun dalam akademik. Tapi kesan dalam diri. Apa yang kamu ambil…”. Seronok sebenarnya lepak borak-borak dengan C. Ikhwan ni. Macam-macam boleh belajar.. Kepala dia memang matured.

CAkap tentang Bayai lagi, terfikir juga aku akan dapatkah apa yang aku nak? Akan dapat jugakah apa yang aku impikan? Yang aku mampu, berusaha, minta pada Allah dan bertawakkal… Apa yang aku nak itu, rahsia..hahahah.

Anak angkat Abg Nazri…Villa Lemb
Anak angkat Abg Nazri...Villa Lemb
Nice...credit!!!!!

Nice...credit!!!!!

Famili Villa Lemb

Famili Villa Lemb

Terbaik ...

Terbaik ...

That mak cik ic purple scarf was crying. Ingat lagi waktu bas nak jalan, dia masih tunggu tepi bas n masih menangis.

That mak cik inpurple scarf was crying. Ingat lagi waktu bas nak jalan, dia masih tunggu tepi bas n masih menangis.

tamat sudah..

tamat sudah..

paan, arif, jabbar, c.ikhwan, aku, nuar, pian, fikri. gambar jeram Toi x bleh letak lebih2..hehe

Menanti n mencari

July 27, 2009

Sabtu lepas, aku g Seminar Demokrasi Di Penghujung Hayat-Khilafah Penyelamat Umat di Dewan Cempaka, Tingkat 4, Kompleks PKNS Bandar B.

Attracted to the issue brought up by HIZBUT TAHRIR. So, i choose to go even I went to Kg. Bayai at the day before. Kepenatan semalam tu dapat juga aku atasi. Memang menarik isu yg dia bangkitkan.

Sekarang, aku masih tengah mencari lagi kat internet ni tenteng maklumat2 sesuai utk aku masukkan dalam blog. Mungkin, perkara dan isu ini ramai yang tak minat.

Hakikatnya, itulah UMMAT ISLAM.. Menegakkan agama Islam bukan satu perkara yang selalu bepusing dalam kotak akal mereka. Wait… I’m searching for another information about this issue.

“Ummat Islam, Tuhan mereka satu, Rasul mereka satu, Kiblat mereka satu, Syahadah mereka satu, Jihad mereka satu, Negara mereka satu, kerana mereka adalah Ummat yang satu”

Ini juga satu benda yang aku selalu perhatikan, walaupun aku pun sendiri ada terikut-ikut. Minggu lepas ada English Carnival, mcm2 jadi. Dengan majlis penutup yg dah jadi macam free sex parti(bagi aku la), budak2 pompuan yg menari sana-sini, pakaian dah x de rupa org Islam, pakai tudung tapi koyak rabak sana-sini, ketat, sendat, padat, budak lelaki The Spartan yg pakaian kononnya sebiji nak tiru org2 Greek tu, dll….

Perlu ke kita nak ikut sebiji, bulat2 mcm mana yg masyarakat tu amalkan???                                       “Itu yg kita x tau” famous quote in KMS.

Mungkin ada org kata , “kalau x buat mcm ni, x de lah keluarnya idea2 bernas drpd pelajar ni. macam mana MARA nak lahirkan pelajar yg multi talented?  benda ni kan boleh membantu student jadi lebih baik” hahahahahahahahah….

Bagi akulah, x de salahnya benda2 ni. Cuma, bagaimana korang sendiri dan aku terutamanya bertindak dalam situasi tu…  Itu bg aku, kalo ikut Ulama’ plak, memang dah haram dah rasanya. Sedangkan, ada gak ulama’ yg sampai berpendapat, tengok wayang tu haram. And the latest, ulama’ Indonesia dah haramkan Facebook (alIslam Ogos 2009). Kalau macam tu, tengok TV pun dah x boleh, btul x????  sebab semuanya dah bawa kita ke benda2 maksiat dalam majlis tu.

Isunya sekarang, macam mana korang dan aku terutamanya bertindak dalam situasi tu? IKUT atau CABUT. Memang lemah iman aku, cuma tahan dalam hati je lah n aku akui ada gak aku terikut2. Sikit atau banyak, korang tentukan..sebab orang lain yg selalunya menilai org lain. Susah amat aku nak nilai diri sendiri.

Katakanlah (wahai Muhammad), “Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyak yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah wahai orang yang berakalfikiran, supaya kamu berjaya” –Surah al-Maidah:100-

Ini lah hobi aku sebenarnya.. perhati orang n gelagat manusia. Tak tau la kenapa aku tulis nih… Suka sangat perhati gelagat, dah jadi mcm ayah aku. Kalau mcm tengah rileks2 sikit je ke, g kat event yg ada ramai org, nt ada la gelagat org yg dia perhati. Tapi, kadang2 je la dia buat ulasan..heheh, bukan mengumpat la.

Betullah kot bapak borek, anak rintik. Tapi timbul plak 1 persoalan, macam mana plak kalo mak bapak yg ‘merintik’ benda2 x betul tu. X taulah macam mane plak anak2 diorang nt ‘memborek’ perangai diorang nanti..hahah. WASSALAM

p/s.hahah…sesaje je letak video nih. x de makne disebaliknya.Gue sayang sama semua

Sedar & Tukar

July 14, 2009

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pengasihani

Horoscope. Kepercayaan terhadap horoscope bermula sejak ketamadunan Greek lagi. Pada mulanya, membaca bintang2 tersebut dilakukan untauk menentukan masa menanam, menuai dan sebagainya. Namun, lama kelamaan, ianya dikaitkan dengan characteristic seseorang mengikut tarikh lahir individu tersebut.

Apa kebaikan dan keburukan kepada kita?

Kebaikan: personally, saya merasakan tiada faedah jika seseorang itu mempercayai keberkesanan

horoscope dalam menilai sikap/nasib/masa hadapan sesorang. Hal ini seperti melakar lukisan di awan.

Hanya imaginasi dan lukisan itu tidak akan muncul sebagai sesuatu objek yg reality.

Apa sebenarnya yg ingin disampaikan?

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yg merubahnya sendiri (mafhum ayat alquran, surah ar-ra’d).

jelas sudah kepada kita bahawa nasib kita, sikap kita dll bukan menjadi ketatapan bintang2 tersebut

bahkan Allah membuka peluang bagi kita untuk memperbaiki diri sendiri – hari ini lebih baik daripada semalam.

Apa yg membimbangkan kita?

Tahukahkita bahawa perkara ini boleh menyebabkan kerosakan Tauhid? Kepercayaan kepada horoscope,

boleh saya samakn seperti mempercayai tukang tilik (secara tidak langsung).

Bukan itu sahaja, jika kita membaca horoscope2 tersebut dan terlintas pula di dalam hati ‘terdapat

beberapa characteristic yg mengena’, maka kita seolah-olah sudah mempercayai perkara tersebut sahih

dan perkara ini secara tidak langsung mencemarkan tauhid.

Mengapa tauhid itu penting untuk dijaga?

Apakah perkara pertama yg dititik beratkan oleh nabi ketika baginda mula2 menyampaikan dakwah? Sudah tentu tauhid. Selepas sesuatu kaum pada sesuatu kawasan itu berpegang kpd tauhid, maka rasulallah s.a.w mengajar pula mereka cara2 beribadah bg menjaga dan memperkasakan tauhid tersebut.
Atas dasar itu, ingin saya berkongsi beberapa perkara yg saya fikir sangat perlu kita elakkan, terutama ketika meggunakan facebook :

1. Menjawab/create quiz2 yg berteraskan nasib (spt bila anda akan berkawin, bila anda mati? dll).
2. Mempercayai quiz2 itu sahih (nie lagi bahaya).
3. Mengenal pasti characteristic seseorang berdasarkan tarikh lahir.

Bagi perkara ke-3, (pada pendapat penulis), tiada basis yg jitu (alquran/as sunnah) tetapi berdasarkn kajian rawak utk kita mengenal pasti characteristic seseorang berdasakan tarikh lahir.

Bahkan ini boleh membuatkan seseorang itu berputus asa spt: “aku lahir bulan ___..patutla aku xpandai bergaul”.

kedua, sebelum allah mencipta segala yg ada sekarang nie, benda pertama yg diciptakan oleh Allah adalah ‘pen’ dan ia ditugaskan utk menulis segala perkara yg akan berlaku daripada mula hingga akhir. (dipetik drpd sheikh yaser qadhi, ulama US).

Jadi , jelas bahawa jika kita mempercayai tarikh lahir itu sbg ‘sebab’ kita begitu dan begini, ia seolah2 kita mengetepikan konsep Allah yg menentukan ‘begitu dan begini ‘ untuk kita.
Ada juga yg berkata bahwa telah ramai pakar2 dan ahli professional mengkaji ttg perkara 3…mungkin tidak salah kalau kita ambil yg positif drpd perkara nie??

Namun, bg pendapat penulis, perkara ini eloklah jika kita elakkn kerana dikhuatiri jika kita mempercayai bahwa tarikh lahir itu sbg penyebab ‘begitu dan begini’ dan ini secara tidak langsung menyalahi konsep qadar dan qada’.

conclusion: hati2 dengan horoscope, hati2 jawab quiz fb.

~Allah knows best~

-mencegah itu lebih baik… xgitu?-

source: http://www.facebook.com/home.php?ref=home#/note.php?note_id=231405250362&id=1280528422&    ref=nf