Apa tindakan??

August 27, 2010

Kalau surau disimbah cat, dibaling botol arak,

Tetapi yang melakukannya dimaafkan.

apa yg surau tu dapat..cuma RM 4000.

Bila tempat mereka dibakar, yang melakukannya dihukum berat.

Malah tempat itu dibayar pampasan berpuluh ribu pula.

Kalau cikgu yang nak mendidik, mengunakan analogi ringkas,

Mereka ‘spin’, bukan main lagi. Minta cikgu tu dikenakan hukuman berat.

Banyak lagi kalau nak tulis kat sini.

Semoga keadilan TERTEGAK.

Hidup MELAYU (ISLAM).

21 Guns.

August 12, 2010

ONE. Give people more than they expect and do it cheerfully.

TWO. Marry a man/woman you love to talk to. As you get older, their conversational skills will be as important as any other.

THREE. Don’t believe all you hear, spend all… you have or sleep all you want.

FOUR. When you say, ‘I love you,’ mean it.

FIVE.. When you say, ‘I’m sorry,’ look the person in the eye.

SIX. Be engaged at least six months before you get married.

SEVEN. Believe in love at first sight.

EIGHT. Never laugh at anyone’s dreams. People who don’t have dreams don’t have much.

NINE. Love deeply and passionately. You might get hurt but it’s the only way to live life completely.

TEN. In disagreements, fight fairly. No name calling.

ELEVEN. Don’t judge people by their relatives.

TWELVE. Talk slowly but think quickly.

THIRTEEN. When someone asks you a question you don’t want to answer, smile and ask, ‘Why do you want to know?’

FOURTEEN. Remember that great love and great achievements involve great risk.

FIFTEEN. Say ‘bless you’ when you hear someone sneeze.

SIXTEEN. When you lose, don’t lose the lesson

SEVENTEEN. Remember the three R’s: Respect for self; Respect for others; and Responsibility for all your actions.

EIGHTEEN. Don’t let a little dispute injure a great friendship.

NINETEEN. When you realize you’ve made a mistake, take immediate steps to correct it.

TWENTY. Smile when picking up the phone. The caller will hear it in your voice

TWENTY- ONE. Spend some time alone.

Copied n pasted from Pn Juriah's

Tadika Pasti

Tabika KEMAS

SK LKTP Felda Pasir Raja

SK Rawang

SK Serom 3

SBPI Rawang

Kolej MARA Seremban

Bapak gua cakap, semua ni dah habis,

Gua dah tak nak gagal lagi,

Gua dah penat gagal, mungkin kurang keberkatan.

Cakap banyak pun tak guna.

Belajar sampai mati, bukan sampai pandai.

ALLAHUAKBAR!!

Q&A

May 28, 2010

I posted this in the IB Student group at Facebook..then, one of the member (an IB student from UAE), answered. Quite impressive, and I should think about it;

Mamat Syafiq Anwar

Mamat Syafiq Anwar This is ToK;
When u attack Black people, they call it racism. When u attack Jewish people, they call it anti-semetism.When u attack a women, they call it sexism.When u attack homosexuality,they call it intolerance. When u attack a Country, they call it treason.When u attack a religious sect, they call it hate. But when… they attack …Prophet Mohammed,they call it freedom of speech?

so, how do we evaluate these; reason, emotion, sense of perception or just language??

What he answered was;


David

All 4.

Prophet Muhammed shouldnt be exempted from any attack or criticism just because he is a prophet. People attack Jesus all day and we christians dont give a damn.

And yes. It is freedom of speech. Let them attack what they want, and if you really believe in god, then you should know that he can deal with them.

Gua,lu & 2010…

December 28, 2009

Assalamalaikum…hahah, ade blog biarkan kosong. Buat ape?? Baik tulis kat diary je..huh,aku x pernah ada diary.

OK, teruskan agenda serta propaganda kita..

2010, kejap je lagi…point penting, seminggu lepas tu umur gua pun jadi 20. Huh!!! layak kahwin nih.Tapi, dengan siape??? Terus senyap, sape nak sila isi borang..hahah

¦*****¦

2010 ni, termasuk gua semuanya 10 orang adik beradik gua sekolah. Adik-beradik gua semua 11 org, dan gualah yang paling sulung. Maknanye, sorang je adik gua yg x sekolah lagi. Cuti ni, gua kosong selalu. Lepak rumah, pergi kebun tolong ayah gua. Kalau tak balut pisang, mesti ayah gua suruh baja sawit dia punya… x pe, tu gua x kisah. Takde hal punya lah..

Nampaktu,macam mane cara balut pisang..

Pagi tadi, masa gua lepak2 baca UTUSAN MELAYU dari kulit ke kulit, gua nampak ayah gua belek2 surat dari sekolah adik gua..surat yuran lah tu. Lepas tu, gua pon join. Mak aih!!!! RM 700++.. gila ah!!! itu baru sorang adik gua yg sekolah SBP. Sorang lagi kat MRSM, sorang kat sekolah menengah biasa. Sorang kat KMS(gua la tuh), sorang lagi kat politek. 5 lagi skolah rendah, tadika dengan pre-school.

WUIH!!!! masak2 parents gua.

Gua fikir2..total semua tu, kalau takde RM3000 ++ dalam akaun, tak usah fikir nak buat anak beb. Itu baru yuran, belom tambah benda lain lagi, belanja kasut lagi, pakaian luar dan dalam lagi, colour luna lagi..heheh, hari tu gua tengok mak gua belikan colour Luna, yang kecil tapi panjang tuh. Confirm ar untuk adik gua, gua nak pakai buat ape??? Gua dah terlibat aktiviti mewarna ni.

Pergh, colourLuna tu RM7!!! Mahal haghaaaam..(bagi gua la). Masa zaman gua berkecimpung dgn aktiviti mewarna dulu berapa agaknye harga dia ek??  Duit rm7 tu gua boleh suruh Uncle Lahuma buat burger special banyak2 tu.. siap dapat belanje member lagi.

Lepas tu gua terfikir lagi. Patut la jugak setiap kali gua dgn adik-beradik gua, kalau dapat result baik2 exam ke,UPSR, PMR, SPM, ayah gua memang x bagi hadiah ape. Selalu mak gua je yg bagi. (*setakat ni,gua rasa gua x pernah mintak la.=p) Pernah gak banyak kali gua dengar adik2 gua mintak hadiah kat ayah gua..heheh, lepas tu confirm bapak gua jawab mcm nih…

“Tu duit belanja yg ayah bagi hari2 tu, hadiah le tuh…” sambil tersengih.

Gua rasa memang patut pun budak2 ni x payah bagi hadiah2 ni.. Biar rase macam mane susah hidup cari duit. Mane taknye, belanje utk 1 family tu je ntah berape sebulan kan..

Banyak lagi gua fikir sebenarnye. x larat nak tulis semua. As to simplify, gua berazam mesti pass IB nih n gua mestu berjaya donia akhirat… Tapi semua tu kuasa Allah. Gua berusaha, Dia tentukan.

Plus, gua berazam nak menjadi seorang ayah yang terhebat..heheh.Ni azam beberapa tahun lagi.

Kemudian apabila engkau telah berazam,maka bertawakallah kepada allah“.(Ali-Imran ayat 159)

Renung-renungkan, dan selamat beramal.

¦*****¦

Eksiden kat jalan Muar-Tangkak malam kelmarin, 4 org mati. Gua x tau pun malam tu, tapi esok paginye gua lalu jalan tu nak balik rumah atok gua naik motor. Dia suruh tolong baja sawit dia. Bangkai van tu masih ade lagi kat tepi jalan.

Masya-Allah!!!! dahsyat beb. Paper Utusan Malaysia n MalaysiaKini hari ada berita penuh dia. Mase gua tengok pagi tu…perggghhh!!!! Tengah dia remuk,terbalik,  rentung habis. Gua ingat lagi, petang sebelum eksiden tu gua ada gak lalu situ. Ada 2 eksiden kat tpt yg lebih kurang sama

Tiap-tiap yang bernyawa itu akan merasakan mati”(Surah Ali Imran : 185)

Sebagai wakil rakyat, gua ada 1 cadangan. Heheheh…setiap rakyat adalah wakil rakyat. Orang yang dipilih masa election tu pemegang amanh rakyat, bukan wakil rakyat. Hahah…ok, hehe. Berhenti berpropaganda.

Sebenarnya sepanjang jalan Muar-Tangkak tu dah serupa pasar lambak dah. Sepanjang jalan, berderet gerai. Jual kupang la, pau, buah2 dll la. Senang cakap, sepanjang lebih kurang 15Km tu, berpuluh-puluh gerai ada kat tepi jalan. So, x payah la menyemak je kat tepi jalan nak berniaga. Memang la itu punca rezeki, tapi kalau dah menyusahkan kena la buat sesuatu. Tidak begitu???  Cadangan gua, pemegang amanh rakyat tpt ni tolonglah kasi 1 kwsn utk diorang berniaga…OK,selesai

¦*****¦

2010, adik-beradik gua ada ambil smua exam. UPSR ada, PMR ada, SPM pun ada. Lagi satu, IB pun ada(gua la tuh)..heheh.. semoga berjaya!!!!

Caucincau..adios…Salam’alaik… Gua akhiri post kali ni dgn pantun..terimalah

PANTUN…=p

Fake…

October 29, 2009

If You cant MAKE it, FAKE it…seriously…

SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…


SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…

SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…


SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…SMILE…

hahah. Marah ke nih???? Judge it…

Subhanal munaffisi ‘an kulli mahmum,

Subhanal munaffisi ‘an kulli maghmum,

Subhanal munaffisi ‘an kulli madyun.

Subhana man araada syai an, ayyaqululahu kun fayakun.

Next…

October 16, 2009

Buku lain plak…

Ulasan x berapa nak pendek ttg buku ni, singgah sini

They are THE MEN

September 25, 2009

Muammar Gaddafi yang muncul pertama kali di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-64 setelah 40 tahun menolak untuk menghadirinya, mempamerkan ketegasan dengan menyelar badan dunia itu atas apa yang disifatkannya sebagai ketidakadilan dan berat sebelah. Pemimpin Libya itu mengejutkan perhimpunan tersebut apabila menunjukkan aksi mengoyak buku piagam PBB dan kemudiannya melemparkan buku ke podium sebagai tanda protes terhadap kelemahan PBB.

NEW YORK 24 Sept. – Pada hari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kebanyakan negara-negara anggotanya menyeru ke arah perpaduan global, pemimpin Iran dan Libya hari ini mengutuk ketidakadilan dunia yang dikuasai oleh lima kuasa besar.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad sedikit pun tidak memperkatakan tentang program nuklear negara itu dalam ucapan beliau dalam Perhimpunan Agung PBB. Beliau berucap dalam perjumpaan tahunan ini selepas enam kuasa global yang cuba menyekat cita-cita nuklear Iran mengumumkan mereka mahu ‘maklum balas serius’ Teheran dalam perbincangan nuklear pada 1 Oktober ini.

Ahmadinejad mengkritik kapitalisme rakus Amerika Syarikat (AS), sekutu Baratnya dan Israel yang merampas tanah penduduk Palestin. Namun beliau juga menawarkan persahabatan kepada mana-mana negara yang ‘ikhlas’ berbuat demikian.

Kenyataannya itu dibuat selepas temu ramah malam semalam yang mana dia meminta Presiden Barack Obama agar melihat Iran dengan potensi sebagai rakan dan bukan ancaman.

Tatkala Ahmadinejad mengumumkan komitmen baru Iran untuk membantu mewujudkan ‘keamanan berpanjangan dan keselamatan seluruh dunia untuk semua negara’, ucapan beliau dipenuhi dengan bahasa anti-Israel dan anti-Semitik yang menyebabkan delegasi AS keluar dari dewan. Ia diikuti perwakilan Israel, Kanada dan beberapa negara lain.

Ahmadinejad meramalkan ‘kapitalisme peluasan kuasa’ akan mengalami nasib sama seperti Marxisme, dengan melemparkan tuduhan itu kepada kuasa yang tidak dinamakan yang ‘menggunakan cara paling buruk untuk soal siasat dan penipuan di bawah sepanduk kebebasan’.

Sebelum itu, Muammar Gaddafi menyelar PBB kerana gagal menghalang puluhan perang di dunia dan menuduh anggota paling berkuasa dalam badan dunia itu melayan negara lain sebagai ‘kelas kedua yang dibenci’.

Dalam ucapan pertama beliau di depan Perhimpunan Agung PBB sejak 40 tahun memerintah Libya, Gaddafi banyak memperkatakan ketidaksamaan dalam Majlis Keselamatan PBB yang mana lima anggota tetapnya – AS, Rusia, China, Britain dan Perancis – memiliki kuasa veto.

“Ia patut digelar ‘majlis keganasan’,” ujar beliau yang kemudian menyeru agar veto dihapuskan dan keanggotaan diperluas untuk Afrika, Amerika Latin, Arab dan negara-negara Islam.

Gaddafi yang berjubah coklat menaiki podium selepas Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Obama meminta penglibatan global yang lebih banyak ke arah dunia tanpa senjata nuklear, mengatasi ancaman perubahan iklim dan menangani krisis kewangan global yang dijangka menyebabkan 100 juta orang berada di bawah paras kemiskinan tahun ini.

Para pemimpin dibenarkan berucap selama 15 minit sebelum lampu merah dinyalakan. Obama sendiri tidak mengendahkannya dan meneruskan ucapan selama 38 minit tetapi Gaddafi berbicara lebih lama dengan catatan 1 jam 36 minit, seterusnya merosakkan jadual ucapan dan mengganggu majlis makan tengah hari untuk delegasi.

Ketika Gaddafi meneruskan ucapan, dewan perhimpunan semakin kosong dan pada satu ketika beliau mengoyakkan kulit muka piagam PBB dan melemparkannya ke arah podium sambil menyatakan rasa tidak puas hati kerana dunia dikawal oleh empat atau lima kuasa besar. – AP

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

To Muammar Gaddafi & Mahmoud Ahmadinejad, we M’sian really salute n ‘tabik spring’ on what u have done…..To the M’sian leaders, your turn now!!!!!

Siapa2 yang ada jumpa video speech Muammar Gaddafi ni sekali dengan subtitle, please bagi link dia kat aku. Puas cari kat youtube, ada translation tp x jelas.

Bosan….

September 16, 2009

Trying to finish this book ASAP… damn hard to understand the meanings. With so many political terms, high level terms(not the same as HL biology), etc…plus, the writer takes the extract from so many Hikayat Melayu.

The writer pus lots of information, e.g Hikayat Merong Mahawangsa, n many more Hikayat that I’ve ne’er heard before. So now I’m learning the way this Malay scholar thinks, Farish A. Noor.

Anyone who want to read his blog, singgah sini.THE OTHER MALAYSIA. Nak baca tulisan pemikiran dia ni pun, consume banyak masa. Tapi seronok, pemikiran ni bukan ada kat semua orang. But as a Muslim, put a filter around your think tank. Ambil apa yg betul shj, pemikiran yg terlebih hebatnya ni bahaya gak.

Baca, nilai,& fikir…

August 29, 2009

Untuk baca, nilai & fikir, singgah sini… CHE DET

Sekali lagi saya tegaskan, MALAYSIA NEGARA ISLAM……

mana hala tuju..mungkin saya belum cukup faham apa itu 1Malaysia (baca secara sinis)

mana hala tuju..mungkin saya belum cukup faham apa itu 1Malaysia (baca secara sinis)

Negara saya negara Islam

August 28, 2009

Pendapat itu tidak semestinya pendirian. Tapi semestinya, pendirian itu wujud daripada pendapat. Tidak begitu??

Kartika Sari Dewi Shukarno. Sape dia nih?? Model sambilan, model rotan  cap kampong serom 3, model arak?? Aku confirm, korang tau walaupun korang memang tak tau atau tak minat  baca surat khabar.

Kenapa hukum rotan dia ditangguh. Menteri Malaysia memang pandai buat lawak. It make sense when they  said, it has to be postponed to respect Ramadhan. Tapi agak bangang bila dia keluarkan kenyataan sebab penagngguhan adalah kerana Malaysia ketiadaan pakar dan kemahiran untuk melaksanakan hukuman. (Menteri ni ada ‘bin’ kan dalam nama penuh dia.=p). Apa maknanya semua nih. Malaysia kan negara Islam. Macam mana isu ni berbangkit. Sedangkan hukum minum arak adalah sepatutnya ikut hukum hudud.  Apa hukumannya?

أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين

قال: وفعله أبو بكر , فلما كان عمر استشار الناس , فقال عبد الرحمن: أخف الحدود ثمانون، فأمر به عمر

Bahawa telah datang kepada nabi seorang lelaki yang telah minum arak. Maka baginda telah menyebatnya dengan dua pelepah tamar 40 kali sebatan. Abu Bakar juga menghukum dengan hukuman itu. Pada masa Umar (menjadi khalifah), beliau meminta nasihat orang ramai (mengenai hukum bagi peminum arak), maka berkata Abd Rahman bin Auf: “Seringan-ringan hudud adalah 80 kali sebatan”. Umar pun memerintahkannya (sebat 80 kali).

(Hadis Muttafaq Alaih-lafaz Muslim)

Jadi aku mahu gelak gilak2. Apa maknanya ada Mahkamah Syariah selama ini. Itupun masih tiada orang yang ‘pakar’.Macam tu, sama juga kalau tiada mahlkamah. Sound stupid, itulah realiti. Sekali lagi saya tegaskan Malaysia ini negara ISLAM!!!  Sampai bila nak tunggu ada pakar? Sampai, matahari tak lagi muncul dari tempat tenggelam dia?? Bagus la, uncle menteri.

Apa sebenarnya yg yang lemah ni. Takut ke? Dah macam-macam isu pasal arak ni keluar. Kerajaan Selangor bertindak dalam isu penjualan arak, itu pun dipertikaikan. Tambah lagi, kat Shah Alam tu,  Carlsberg. See, betapa besarnya share dia dalam Malaysia Stock Exchange. Ini ke satu sumber pendapatan negara saya??

Mahu tahu lagi, klik sini. Singgah juga kat blog Saiful Islam.